SELOKA RENUNGAN UNTUK PARA DA'IE BAHAGIA
Di depan mad'u berlagak malaikat...
Di hadapan mad'u kita jadi malaikat,
Tiada silap tiada dosa,
Semuanya baik-baik belaka,
Semut dijalanan di sangka permata,
Di hadapan mad'u kita jadi malaikat,
Solat khusyuk ibadah meningkat,
Semua hal seperti hamba yang taat,
tapi...balik mad'u SUBUH pun liat,
Di hadapan mad'u kita jadi malaikat,
Akhlak dijaga bak bidadari Syurga,
Muzik dan NASYID pun jadi lagha,
tapi... balik mad'u ketawa tak ingat dunia,
Di hadapan mad'u kita jadi MALAIKAT,!
Di hadapan ALLAH kita jadi apa!!!

(AS-SAFF: 2-3)
3 comments:
Ini adalah satu peringatan yang penting untuk di teliti semula oleh setiap orang agar tidak hanya bercakap namun berusaha untuk terus memperbaiki diri.. setiap orang perlukan p'ingatan kerana semuanya tidak sempurna...jazakillah...
bagus sajak nih, boleh post kat muslim page.
dari blogger
satuummah.wordpress.com
menarik dan agak tajam dengan sentuhan sajak ini..mohon keizinan utk copy post nih ke post blog ana ye
salam ukhwah,
Post a Comment