Friday, November 16, 2007

Al-Qaradhawi : Bagaimana Kami Boleh Bersama Syiah, Sedangkan Mereka Mencela Sahabat Nabi saw

KATAKAN TIDAK PADA SYIAH.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketua Persekutuan Antarabangsa Ulama Muslimin menuntut Syiah untuk berhenti dari mencela sahabat Nabi saw.
al-Qaradhawi berkata menerusi dailognya melalui siaran al-Jazeera bersama Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani Pengerusi Maslahah Tasykhis al-Nizom Negara Iran, bahawa beliau (al-Qaradhawi) tidak dapat menerima untuk meminta ahl sunnah membantu Syiah dalam masa yang sama Syiah mencela para sahabat Nabi saw yang Allah telah meredhai mereka dan mereka juga redha kepada Allah. Beliau menegaskan bahawa percubaan-percubaan taqrib (mendekatkan antara sunnah dan syiah) sebelum ini hanya sekadar pertemuan bertukar-tukar ucapan tahiyyah dan tamat tanpa meninggalkan perkara yang jelas dalam semua topik perbezaan
al-Qaradhawi menyambung dengan berkata : "Sesungguhnya tidak terdapat walau seorang sunni yang tidak mencintai Aali al-Bait (keluarga Nabi saw), Setiap daripada kami memperakui kelebihan yang ada pada mereka (ahlul Bait), Sebaliknya di sisi Syiah kami dapati mereka mengkafirkan para sahabat sedangkan para sahabatlah yang telah menyampaikan Islam yang benar kepada kami.":
Lamanweb Mufakkirah al-Islam:
Written by zain ys

0 comments: