Monday, August 4, 2008

ANTARA BERBAKTI PADA ABI DAN UMI DAN JIHAD.?




Suatu petang, saya bertanyakan khabar pada seorang sahabat.yang agak lama tidak bertanya khabar selepas selesai menjalani praktikal masing-masing.Saya tanya padanya bagaimana dengan aktiviti usrah dan program yang berkaitan?. Katanya saat ini “ aku kene jaga mak dan ayah (OKU) aku..buat masa ni mak dan ayah aku tak dapat nak benarkan aku keluar ke program,they need my help to handle their life......”.

dan persoalannya bilakah di haruskan meminta izin ibu bapa untuk berjihad?


Dalam buku Fiqh Birrul Walidain karangan Musthofa Bin Al- Adawi dinyatakan bahawa:
Mengenai keizinan ibu bapa untuk berjihad, maka diharuskan meminta izin kepada kedua mereka dalam dua keadaan, yang pertama kedua ibu bapa adalah muslim; dan kedua jihad yang dilaksanakan merupakan fardu kifayah.
Bukhari dan Muslim mengeluarkan hadis dari Abdullah bin “Amru yang berkata:

جاء رجل الى النبي ص فا ستأذنه في الجهاد فقال أحي والداك ؟ قال :
نعم, قال ففيهما فجا هد.

Seorang lelaki datang kepada Nabi untuk berjihad, maka baginda bertanya, Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Orang itu menjawab, Ya. Baginda bersabda, dalam berbakti kepada keduanya hendaklah kamu berjihad.!

Al- Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam menjelaskan pengertian hadis di atas, “ Dalam hadis ini terdapat petunjuk bahawa kadang-kala berbuat baik terhadap kedua ibu-bapa adalah lebih utama daripada jihad. ”
Ibnu Qudamah berkata dalam Al-Mughni, “ Memandangkan berbakti kepada kedua ibubapa merupakan fardu ‘ain dan jihad merupakan fardu kifayah, maka fardu ‘ain harus diutamakan. Namun jika kedua mereka bukan muslim, maka tidak wajib meminta izin kepada keduanya.”
Sahabat-sahabat Rasulullah dahulu merupakan mujahid-mujahid, di antara mereka ada yang mempunyai kedua ibu bapa yang bukan muslim, mereka pun berjihad tanpa meminta izin kedua orang tua mereka, misalnya Abu bakar as- Siddiq juga Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah yang berperang di pihak Nabi pada masa perang Badar, sedangkan ayahnya adalah pemimpinan orang-orang musyrik di masa itu yang terbunuh sewaktu perang Badar.

Al Hafiz Ibnu Hajar berkata, ( Fathul Bari : VI/140-141) Jumhur ulama’ mengatakan bahawa jihad diharamkan apabila kedua ibu bapa atau salah seorang dari keduanya melarang, dengan syarat kedua mereka adalah muslim kerana berbakti kepada keduanya merupakan fardu ain baginya, sedangkan jihad merupakan fardi kifayah. Tetapi jika jihad menjadi fardu ain baginya, maka tidak ada kewajipan meminta izin.
Al Hafiz Ibnu Hajar juga berkata, ( Fathul Bari : VI/141) hadis ini, “ Maka, berjihadlah dalam berbakti kepada keduanya!....merupakan dalil mengenai pengharaman bermusafir tanpa izin kedua ibu bapa kerana sedangkan jihad yang merupakan yang lebih dituntut tidak boleh dilaksanakan tanpa keizinan ibu bapa, apatah lagi musafir yang bersifat mubah, maka adalah lebih patut tidak dilaksanakan tanpa izin mereka,akan tetapi seandainya musafir yang dilakukan itu bertujuan menuntut ilmu yang hukumnya fardu ain, dimana hukum mencari ilmu itu juga fardu ain, maka ibu bapa tidak berhak melarangnya. Namun sekiranya ilmu yang dituntut itu bersifat fardu kifayah, maka terdapat perbezaan pendapat mengenainya.

Itulah serba sedikit yang dapat saya simpulkan dalam bab Bilakah Di haruskan meminta izin Ibu Bapa untuk berjihad?

Rujukan sepenuhnya:
Fiqh Birrul Walidain Lambaian syurga buat anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, Musthofa Bin Al- Adawi: Pustaka Azhar

0 comments: