Monday, August 4, 2008

JIKA PENDAPAT ABI DAN UMMI BERTENTANGAN?



JIKA PENDAPAT ABI DAN UMMI BERTENTANGAN?

Cuti pengajian yang lama ini, membuatkan saya menghabiskan masa membaca buku yang jarang diminati ketika di alam pengajian..Sampai kadang-kadang terkeluar dari mulut saya...OOO camtu ke!!..saya nak kongsi sikit ilmu yang saya ringkaskan dalam buku Fiqh Birrul Walidain karangan Musthofa Bin Al- Adawi.

Dalam keadaan di mana pendapat ayah dan ibu bercanggah maka yang harus didahulukan adalah pendapat yang lebih benar dan lebih mendekati ketakwaan serta kebaikan.Seandainya pendapat yang benar tidak diketahui dan perbezaan pendapat ini berhubung dengan persoalan cara bersikap baik, maka perintah ibu lebih diutamakan memandangkan ibu lebih berhak untuk mendapat perlakuan baik.Dan seandainya perbezaan pendapat tersebut berhubung dengan persoalan umum dimana biasanya lelaki memiliki pengalaman yang lebih baik, maka pendapat ayah diutamakan.

Fadhullah Jailani berkata: Imam Ghazali berkata, “ Dikatakan apabila tidak mungkin untuk memenuhi hak kedua ibu bapa secara serentak dimana perhatian terhadap hak salah seorang darinya akan menyebabkan yang lain mersasa tersinggung,maka hak ayah adalah lebih kuat berhubung masalah penghormatan dan penghargaan disebabkan nasab seseorang berasal dari ayah.Manakala hak seorang ibu itu adalah lebih kuat berhubung masalah berbakti dan pemberian.Oleh itu, apabila kedua ibubapanya menziarahinya maka ia harus berdiri untuk menghormati ayahnya. Tetapi di saat mereka meminta sesuatu kepadanya maka harus mengutamakan pemberiaan kepada ibunya.
Dalam Manba’ul-Adab para fuqaha berkata: Ibu lebih diutamakan berbanding ayah dalam hal pemberian nafkah apabila anak tidak memiliki harta yang cukup untuk menafkahi kedua-dua mereka, kerana ibu lebih banyak bersusah payah dalam mengurusnya, lebih sayang dan lebih sering melayaninya,serta lebih banyak mengalami pelbagai kepayahan dalam mengandung, melahirkan dan menyusuinya, kemudian mendidik, menjaga, membersihkan kotoran badannya, merawatnya saat sakit dan sebagainya.”
( Ruhul Ma’ani )

“.........dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” ( Al- Baqarah: 83 )

0 comments: